8 Petua Hilangkan Sakit Mata, Tanpa Guna Ubat

mata-merah_20180428_164617

“Eh, apasal tiba-tiba mata sebelah kanan ni bengkak dan merah? Patutlah asyik gatal aja dari tadi. Aku pulak pergi tonyoh mata, kan dah berair. Aduh, macam mana nak hilangkan sakit mata ni! ”

Terlalu kerap dan lama menghadap komputer atau menonton tv, alergi makanan, mata kering, radang dan penggunaan kanta adalah antara penyebab mata menjadi merah dan sakit ditambah pula dengan menggaru yang menjadi penyebab mata bertambah perit.

Bagaimana Cara Hilangkan Sakit Mata Tanpa Ubat ?

Banyak cara yang boleh dilakukan iaitu :

1. Basah tuala dengan air sejuk dan tekap pada mata

Air sejuk mengurangkan bengkak dan memberikan keselesaan pada bahagian mata yang sakit. Anda boleh juga menyembur air sejuk pada muka.

2. Letak Ais Atau Pek Beku

Selain air sejuk, ais dan pek beku juga boleh digunakan. Hanya tekapkan pada bahagian mata selama empat hingga lima minit sahaja.

 

3. Kurangkan Aktiviti Yang Boleh Jadi Punca Sakit Mata

Antara aktiviti yang boleh menjadi penyebab sakit mata adalah angkat benda berat, sembelit dan aktiviti yang memberikan tekanan pada kepala perlu dikurangkan kerana ia boleh menyebabkan pendarahan pada saraf mata.

4. Kurangkan masa pandang skrin tv, komputer dan telefon

Terlalu lama melihat skrin boleh menyebabkan mata mudah sakit, menjadi merah dan gatal-gatal. Mengikut peraturan 20-20 hanya boleh melihat 20 minit dan kemudian lakukan aktiviti lain dalam masa 20 minit kemudian sambung semula memandang skrin.

5. Jarakkan Skrin Daripada Mata

Orang tua selalu marah kalau kita duduk dekat sangat dengan tv kan? Ia memang betul pun kerana ia menjadikan mata cepat letih akibat memandang terlalu dekat. Adjust skrin agar sama level dengan mata dari kejauhan 50 hingga 100 cm.

6. Elak Merokok

Terkena asap rokok boleh menyebabkan mata mudah terkena pelbagai jangkitan seperti katarak, sindrom mata kering dan diabetic retinopathy. Justeru, jika anda seorang perokok tegar, kurangkanlah merokok yang membawa pelbagai maslah lain kepada tubuh.

7. Banyakkan Makan Makanan:

  • Lemak asid Omega 3 seperti salmon, kacang dan flaxseed
  • Vitamin C, E dan zink seperti kale, brokoli, kubis bunga, strawberry, oren, kubis, tomato, saderi dan bayam.
  • Vitamin B2 dan B6 seperti telur, sayur-sayuran segar, bijirin, produk tenusu, biji bunga matahari dan tuna.
  • Lutein dan zeaxanthin seperti cili benggala oren, jagung, kacang hijau, mangga dan oren.
  • Minum air masak antara 8 hingga 10 gelas setiap hari

8. Dapatkan Tidur Secukupnya

Mata juga menerima kesan jika badan letih kerana kurang tidur. Badan yang mendapat rehat secukupnya, sel darah putih dapat menghapuskan pathogen yang membawa kemudaratan. Jika mata sakit disebabkan pemakaian kanta lekap, ia mungkin disebabkan eye drop yang digunakan.

JIKA BERLARUTAN, SEGERA RUJUK DOKTOR

Apa pun jika sakit mata berlanjutan, dapatkan nasihat doktor supaya sakit mata tidak mudarat dan dapat dihilangkan secepat mungkin. Diingatkan, sakit mata adalah satu penyakit yang cepat berjangkit. Jadi, pastikan anda mengetahui puncanya dan tidak menyebarkan kepada orang lain ya!

Bagi yang ingin bergaya dengan cermin tanpa silau, anda boleh mencuba dan mendapatkan cermin mata “HD Aviator” keluaran eksklusif Ibnusina dengan pelbagai pilihan warna.

“HD Aviator Polarized”

HD Aviator Ibnusina ini dilengkapi dengan lapisan polarized yang dapat menghalang silau serta meningkatkan kontras warna. Teknologi ini dapat mengurangkan senak dan keletihan mata apabila berdepan dengan cahaya.

Fungsi Polarized:

Lens polarized membantu menapis cahaya silau yang datang pada permukaan yang rata seperti cermin, air laut dan sebagainya. Lapisan polarized hanya membenarkan cahaya berorientasikan vertikal untuk melepasinya dan menghasilkan penglihatan yang lebih jelas, terang dan selesa. Ia juga sesuai dipakai untuk bergaya, memandu dan melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti mendaki, memancing dan berbasikal.

Kelebihan HD Aviator:

  • Mengurangkan silau
  • Menyejukkan mata
  • Menapis sinar UV merbahaya
  • Pemanduan lebih fokus
  • Mengurangkan kepenatan mata
  • Lens POLARIZED
  • Penglihatan lebih jelas
  • Warna lebih terang (vibrant)
  • Eksklusif dan bergaya
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart