Cermin Mata Apakah Yang Sesuai Untuk Wanita Berhijab

hijab13

Rata rata kita ketahui , bagi wanita berhijab sukar bagi mereka untuk menggayakan tudung dengan memakai cermin mata. Antara gaya dan penglihatan yang jelas ramai di antara mereka memilih untuk bergaya dengan keselesaan mereka daripada memakai tudung dengan cermin mata.

Tudung yang sepatutnya elok terletak akan menjadi senget dan kembang apabila memakai cermin mata. Namun pada masa kini terdapat pelbagai jenis cermin mata yang ditawarkan bagi membantu mereka bergaya sambil menjaga kesihatan mata mereka.

Terdapat pelbagai jenis bentuk cermin mata yang bersesuaian dengan bentuk muka mereka. Ini  membolehkan mereka kelihatan cantik dan kemas dengan pemakaian tudung beserta cermin mata.

Jenis cermin mata yang sering menjadi pilihan wanita bertudung adalah:

1. Cermin Mata Pilot

Jenis cermin mata ini dipanggil cermin mata pilot. Kebiasaannya, cermin mata ini digunakan oleh jurutera. Namun, pada zaman ini ia telahpun mejadi satu trend kepada si pemakai. Kaca mata ini sesuai untuk sesiapa yang mempunyai bentuk muka kecil yang membantu muka mereka nampak lebih seimbang dan menonjol.

2. Cermin Mata Pantos

Pantos eyeglasses merupakan sejenis cermin mata yang dipakai sejak zaman 50 – 60an . Cermin mata ini di bawa kembali kepada era sekarang sebagai satu aksesori yang bertemakan vintage. Pantos eyeglasses ini sesuai digayakan oleh seseorang yang mempunyai wajah bujur. Kebiasaanya, warna cermin mata yang rona hitam dan coklat kegelapan sentiasa menjadi pilihan anak muda untuk digayakan.

3. Round Eye glasses

Cermin mata jenis round eye ini selalu menjadi pilihan hijabis zaman sekarang. Bukan sahaja yang berhijab, malah gadis yang tidak bertudung mahupun lelaki juga seringkali menggemari menggayakan cermin mata ini. Namun ada pendapat daripada sesetengah orang cermin mata ini tidak sesuai digayakan oleh sesetengah orang. Round eye glasses ni sebenarnya lebih sesuai untuk yang digayakan oleh sesiapa yang memiliki bentuk muka lonjong.

4. Cermin mata Aviator

Aviator glasses adalah cermin mata yang menjadi kegilaan hampir semua gadis-gadis mahupun jejaka di luar sana. Bentuk rekaannya yang stailo, classy dan mudah dipadankan dengan apa-apa jenis bentuk muka menjadikan ia sebagai cermin mata yang terkenal. Cermin mata aviator ini juga dapat didapati dalam bentuk cermin mata hitam. Ia membuatkan si pemakai nampak lebih berkarisma dan stail.

5. Cermin mata Square Metal

 

Cermin mata Square Metal ini sesuai digayakan oleh seeorang yang mempunyai bentuk wajah petak atau hati. Tidak ramai yang berkeyakinan untuk menggayakan cermin mata ini kerana rekaan bentuknya yang sebegitu. Bagi seseorang yang bertudung cermin mata ini boleh digayakan dengan pemakaian shawl yang kebelakang.

6. Cermin mata Moscot

Cermin mata moscot ini juga merupakan salah satu cermin mata yang digemari  oleh ramai anak muda terutamanya gadis gadis yang suka bergaya. Cermin mata ini digunakan sebagai aksesori untuk bergaya dan juga sebagai cermin mata yang mempunyai kuasa tahap rabun si pemakai. Di samping itu, cermin mata ini juga sesuai digayakan oleh wajah para gadis yang berbentuk hati dan juga bujur.

7. Square wayfarer

Square wayfarer ini sesuai digayakan oleh seseorang yang mempunyai bentuk wajah bulat. Bagi wanita yang berwajah bulat cermin mata ini amatlah sesuai dengan anda untuk digayakan dan seterusnya dapat menaikkan keyakinan anda dalam berfesyen.

Bagi anda yang berhiijb dan mencari cermin mata yang sesuai untuk anda pakai. Eksklusif kami sediakan Cermin mata keluaran Ibnusina Eyewear yang membantu anda bergaya serta memberi keselesaan kepada anda.

Ibnusina Eyewear memperkenalkan produk keluaran terbarunya iaitu Ibnusina Flexspec yang mempunyai banyak kelebihan kepada si pemakai.

Ibnusina Flexspec merupakan cermin mata paling elastik dan fleksibel. Ia boleh dibengkokkan dan dibetulkan semula. Tak perlu risau lagi jika cermin mata anda patah. Flexspec juga mempunyai pelbagai rekaan frame yang sesuai dengan semua jenis bentuk muka. Keselesaan pada pemakaianya menjadikan ia pilihan no 1 anda. Rekaan yang ergonomik mejadikan ia mesra solat dan mudah bagi anda yang bertudung.

Kelebihan Ibnusina Flexspec

  • Flexsibel
  • Tahan lasak
  • Rekaan yang ergonomik
  • Boleh laras
  • Anti patah
  • Mesra solat dan bertudung

Testimoni Ibnusina Flexspec

 

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

This Post Has 2 Comments

  1. Nak cari spec mata sesuai

    1. Boleh tahu sekarang ada rabun jauh atau rabun dekat?

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart