Jenis-Jenis Penyakit Mata Bagi Kanak-Kanak.

Pencegahan penyakit mata bagi kanak-kanak

Pada peringkat awal pertumbuhan, kanak-kanak sering menjadi satu golongan utama yang banyak menghadapi masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Penyakit mata merupakan salah satu masalah yang banyak dihidapi oleh kanak-kanak.

Kanak-kanak banyak menerima maklumat melalui penglihatan, iaitu melebihi 80 peratus. Oleh itu, mata adalah deria penglihatan yang sangat penting untuk kanak-kanak.

Bagi mengelakkan kerosakan kepada penglihatan, pengesanan dan rawatan awal mestilah dilakukan. Ini untuk memastikan perkembangan penglihatan berlaku secara normal.

Bukan sahaja golongan dewasa yang mempunyai masalah mata namun kanak-kanak juga turut mengalaminya. Berbeza dengan penyakit penglihatan orang dewasa, ia memberi kesan yang berlainan kepada kanak-kanak. Namun, Jangan khuatir bukan semua penyakit tiada penawarnya. Kita sebagai ibu bapa perlu mengambil langkah awal bagi membantu proses rawatan yang lebih berkesan.

 

Berikut merupakan beberapa penyakit mata yang lazimnya sering dihaidapi oleh kanak-kanak.

#1 Ambliopia

Ambliopia atau dikenali sebagai ‘mata malas’ ialah kemerosotan penglihatan pada mata yang tidak diguna sepenuhnya atau tidak menerima rangsangan penglihatan semasa awal zaman kanak-kanak.

Perbezaan kualiti imej bagi mata kanan dan kiri adalah disebabkan oleh salah bias. Ini mengakibatkan hanya sebelah mata sahaja dapat melihat dengan jelas. Manakala sebelah lagi mata menjadi kabur. Keadaan ini juga terjadi kepada seseorang yang ‘juling’. Sekiraya ia berterusan, ia akan meyebabkan mata yang kabur menjadi semkain lemah dan kurang praktikal berbanding sebelah mata lagi yang lebih dominan.

Kebiasaannya, pesakit akan diberikan cermin mata untuk meningkatkan daya fokus mata. Kemudian pembedahan otot mata akan dilakukan bagi merawat penglihatan mata. Rawatan ambliopia dilakukan dengan menutup sebelah mata selama beberapa minggu atau sehingga beberapa tahun.

Ini untuk memaksa ‘mata malas’ berfungsi dan dengan itu menguatkan penglihatannya. Cara lain adalah dengan menggunakan titisan mata topikal bagi mengaburkan ‘mata baik’ dan memaksa mata yang ‘malas’ untuk berfungsi, tetapi pendekatan ini kurang berjaya. Sekiranya tidak dirawat dengan awal pesakit mata yang mengalami ambliopia berkemungkinan untuk hilang penglihatan yang baik atau lebih teruk lagi menjadi buta.

#2 Strabismus

Salah jajaran mata atau lebih dikenali sebagai juling (strabismus), di mana mata kelihatan bersilang atau sebelah mata terpesong sedikit dari mata sebelah lagi. Silang mata mungkin kerap berlaku atau sekali-sekala.

Isyarat dari mata yang bersilang ‘dipadam’ oleh otak untuk mengelakkan penglihatan berganda dan kemudian, akan menyebabkan mata malas dan atau kehilangan penglihatan tiga dimensi atau stereo.

Rawatan bergantung kepada keseriusan dan jenis juling serta merangkumi penggunaan cermin mata, menampal mata dan juga pembedahan pembetulan mata/strabismus. Seorang kanak-kanak tidak mungkin akan pulih dari strabismus dengan sendirinya.

#3 Miopia dan hiperopia

Masalah rabun jauh (Miopia) dan rabun dekat (hiperopia) yang berlaku sekarang ini akibat biasan mata yang tidak normal adalah biasa terjadi pada masa sekarang. Ianya tidak hanya terjadi kepada orang dewasa malah boleh juga terjadi kepada kanak-kanak di usia yang awal lagi. Biasan cahaya yang tidak normal yang masuk ke dalam retina menyebabkan imej yang terakam menjadi kabur.

Kesannya, seorang kanak-kanak mungkin mengadu kerap sakit kepala, keletihan mata dan kesukaran melihat jauh atau dekat. Kelewatan mengesan dan membetulkan salah bias akhirnya akan menyebabkan mata malas. Kesemua ini boleh dicegah dengan menggunakan cermin mata pembetulan.

#4 Leukokoria

Kanak-kanak mungkin mengalami ‘mata kucing’ putih (leukokoria) yang kelihatan lebih ketara di dalam gambar. Antara punca lazim ialah katarak. Katarak ialah kanta mata yang legap. Ia boleh terjadi semasa hamil atau pada awal zaman kanak-kanak dan boleh menjejaskan sebelah atau dua-dua belah mata sekali gus.

Tanda lain yang perlu diperhatikan pada kanak-kanak yang menghidap katarak termasuklah pergerakan mata yang cepat dan tidak normal, mata tidak selari atau tidak dapat melihat terutama jika kedua-dua matanya terjejas. Perbezaan utama dalam mengendalikan kanak-kanak yang menghidap katarak berbanding orang dewasa ialah pentingnya dia dirujuk awal supaya rawatan pembedahan boleh dijalankan secepat mungkin bagi mengelakkan kehilangan penglihatan kekal disebabkan ‘mata malas’.

Leukokoria juga merupakan satu tanda yang merunsingkan bagi masalah patologi okular lain yang lebih serius iaitu retinoblastoma. Sangat penting untuk memeriksa semua kanak-kanak yang menghidap leukokoria kerana sifat retinoblastoma. Sifat retinoblastoma ini sangat bahaya kerana ia berpotensi mengancam nyawa dengan mengakibatkan kanser mata.

Pencegahan Bagi Penyakit Mata Kanak-Kanak

Ibu bapa diluar sana dinasihatkan supaya mengetahui tanda penglihatan kanak-kanak yang terjejas. Ibu bapa boleh mencegahnya dengan cara:

  1. Bawa anak menjalani saringan mata pada usia seawal enam bulan, diikuti pemeriksaan mata kedua pada umur tiga tahun dan sekali lagi sebelum masuk ke alam persekolahan.
  2. Kanak-kanak yang mempunyai risiko seperti sejarah kelahiran pramatang atau berat ketika lahir yang rendah haruslah mendapatkan pemeriksaan mata lebih awal dari usia enam bulan. Dan diikuti dengan pemeriksaan mata yang lebih kerap sepanjang zaman kanak-kanak.
  3. Galakkan kanak-kanak untuk melakukan aktiviti di luar rumah sekurang-kurangnya sejam.
  4. Memakaikan kanak-kanak dengan perlindungan ultraviolet (UV) untuk mata ketika berada di luar rumah.
  5. Pastikan kanak-kanak menggunakan gajet pada jarak mata yang selamat dengan postur tubuh yang betul.
  6. Rehatkan mata setiap 30 minit ketika membaca atau menggunakan gajet.
  7. Memantau penagmbilan makanan yang sihat untuk kanak-kanak.
  8. Pastikan kanak-kanak mendapat tidur yang cukup.
  9. Pastikan pencahayaan yang cukup ketika kanak-kanak membaca atau bermain dalam rumah.

Bagi anda yang sedang mencari cermin mata  yang sesuai untuk anak anda. Eksklusif kami sediakan Cermin mata keluaran Ibnusina Eyewear yang boleh membantu anak anda bergaya serta memberi keselesaan kepada anak anda.

Ibnusina Eyewear telah memperkenalkan produk keluaran terbarunya iaitu Ibnusina Flexspec yang mempunyai banyak kelebihan kepada si pemakai.

Ibnusina Flexspec merupakan cermin mata paling elastik dan fleksibel. Ia boleh dibengkokkan dan dibetulkan semula. Tak perlu risau lagi jika cermin mata anak anda patah. Flexspec juga mempunyai pelbagai rekaan frame yang sesuai dengan semua jenis bentuk muka. Keselesaan pada pemakaianya menjadikan ia pilihan no 1 anda. Rekaan yang ergonomik mejadikan ia mesra solat.

Kelebihan Ibnusina Flexspec

  • Flexsibel
  • Tahan lasak
  • Rekaan yang ergonomik
  • Boleh laras
  • Anti patah
  • Mesra solat dan bertudung

Testimoni Ibnusina Flexspec

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart