Apakah Kebaikan Mengunakan Cermin Mata Hitam Dalam Kehidupan Seharian Anda?

Elakkan-bahaya-sinar-UV-payung

Seperti yang anda sedia maklum, cermin mata hitam sering digunakan sebagai alat pelindung mata. Secara amnya, cermin mata hitam digunakan oleh semua jenis peringkat umur sebagai satu pelindungan mata dalam kehidupan seharian mereka daripada cahaya UV. Ia juga digunakan sebagai aksesori yang banyak dipakai untuk bergaya.

Cermin mata hitam selalunya dilengkapi oleh alat bantuan visual yang menggabungkan beberapa spesifikasi yang membantu anda untuk melihat dengan lebih baik pada cuaca yang panas seperti kanta berwarna, polarisasi, penghalang sinar UV dan silau.

Cahaya matahari yang terang sentiasa memberi ketidakselesaan kepada sesiapa sahaja dalam menjalani kehidupan harian mereka. Oleh itu, kegunaan cermin mata hitam ini amatlah diperlukan untuk memastikan mata terlindung dengan pancaran matahari yang tidak baik.

Sebagai langkah pencegahan terhadap cahaya matahari yang berlebihan, cermin mata hitam digalakkan untuk dipakai bagi melindungi mata daripada sinaran ultraunggu. Selain sinaran UV, sinaran matahari juga boleh merosakkan mata melalui cahaya putih terang ( yang boleh dilihat) atau cahaya biru (yang tidak dapat dilihat) pada spektrum yang kelihatan di sebelah hujung cahaya unggu.

Bagaimanakah cahaya matahari merosakkan mata:

Sinaran UV adalah sebahagian daripada sinaran semula jadi yang terdapat dalam spektrum cahaya yang tidak kelihatan. Sinar UV juga dapat terhasil daripada sumber sumber tiruan seperti laser, lampu, alat memperagakan kulit dan lain lain.

Seperti mana sinar UV boleh menyebabkan kulit terbakar, berkedut, mengalami penuaan dan menyebabkan kanser kulit, kesan sama juga boleh menjejaskan mata. Kerosakan mata berlaku kerana kira-kira 99 peratus sinar UV diserap oleh bahagian depan mata. Kesan kronik kerosakan mata akibat pendedahan berlebihan kepada sinar UV juga boleh menyebabkan kebutaan.

Kerosakan mata akibat sinaran UV adalah:

  • Katarak (kekaburan kanta semulajadi mata)
  • Degenerasi makular berkaitan umur
  • Pterigium (ketumbuhan konjunktiva)
  • Kerosakan retina akibat merenung matahari
  • Actinic keratosis (tompokan kulit bersisik dan berkerak pada kelopak mata)
  • Photokeratitis (Kornea mata mengalami selaran matahari)
  • Konjuktiva (selaput mukus jernih yang menyelaputi mata putih dan melapisi bahagian dalam kelopak mata)

Pemilihan kaca mata hitam

Untuk perlindungan mata, pakai cermin mata hitam yang dapat menghalang hampir 80 % – 100% sinaran UV.

Panduan memilih cermin mata hitam

  • Pilih kanta yang gelap mengikut keselesaan mata.
  • Elakkan kanta yang terlalu gelap kerana boleh menghadkan penglihatan.
  • Pilih cermin mata sederhana hitam ke hitam gelap dengan sedikit berwarna (sama ada warna kelabu, coklat atau hijau).
  • Gunakan kanta plastik kalis calar dan bukannya kanta kaca.
  • Kanta plastik tahan lasak dan tidak mudah pecah.
  • Terdapat cermin mata hitam dengan polarisasi yang mengandungi penapis polarisasi. Ia mengurangkan silau dan boleh membias cahaya dari permukaan berkilat seperti air.

Jenis cermin mata hitam

  • Cermin mata hitam dengan kanta plastik biasa – mengurangkan kecerahan secara sama rata.
  • Cermin mata hitam dengan kanta polarisasi – mengurangkan silau kerana membias cahaya.
  • Cermin mata hitam dengan kanta fotokromik – berubah warna mengikut perubahan jumlah cahaya dengan
  • Menjadi lebih gelap apabila cahaya terang dan lebih cerah apabila cahaya berkurang.
  • Cermin mata dengan kanta cermin – memantul semua atau separuh cahaya.

Sebelum membuat pembelian ke atas cermin mata hitam pastikan dahulu fungsinya dapat melindungi mata daripda segala sinaran UV yang membahayakan. Bukan hanya membeli atas dasar harga dan gaya sahaja

Cermin mata hitam dari perlindungan UV terbahagi kepada 3 kategori:

Kanta mata hitam kosmetik – kanta berwarna sedikit yang nipis digunakan dalam cahaya matahari bertahap rendah. Ia menyekat sehingga 60% cahaya yang kelihatan dan sinaran UVA, dan 88% hingga 96% sinaran UVB.

Kanta mata hitam serbaguna – menghalang 60% hingga 93% cahaya yang kelihatan dan sinaran UVA, dan 94% hingga 99% sinaran UVB. Ia sesuai untuk memandu dan amat disyorkan dalam cahaya matahari yang terang.

Cermin mata hitam khas – menyekat sehingga 96.5% cahaya yang kelihatan dan sehingga 98% sinaran UVA. Ia menghalang sekurang-kurangnya 99% sinaran UVB, dan sesuai jika terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang panjang.

Alat pelindung lain

Selain memakai cermin mata hitam terdapat beberapa pilihan lain bagi melindungi mata daripada sinaran UV.

  • Memakai topi apabila keluar dari rumah dan terdedah kepada sinaran UV.
  • Elakkan untuk melakukan aktiviti luar dan berada di tempat yang tidak berbumbung pada waktu siang di antara jam 11 pagi sehingga ke 4 petang. Hal ini kerana sinaran UV adalah kuat semasa itu.

Jika anda ingin melakukan aktiviti luar sewaktu sinaran UV memancar. Carilah alternatif yang sesuai untuk memastikan mata anda dilindungi daripada sinaran UV. Anda juga boleh mencuba Cermin mata Ibnusina yang boleh membantu anda melindungi mata daripada sinaran UV.

Ibnusina HD Aviator dilengkapi dengan lapisan polarized yang dapat menghalang sinaran UV dan silau serta meningkatkan kontras warna. Teknologi ini dapat mengurangkan senak dan keletihan mata apabila berdepan dengan cahaya.

Lens Polarized yang direka membantu menapis cahaya silau yang datang pada permukaan yang rata seperti cermin, air laut dan sebagainya. Lapisan Polarized hanya membenarkan cahaya berorientasikan vertikel sahaja untuk melepasinya dan menghasilkan penglihatan yang lebih jelas, terang dan selesa.

Ibnusina HD Aviator ini hadir dengan pelbagai pilihan warna yang boleh juga dijadikan sebagai aksesori untuk anda bergaya sambil melindungi mata daripada cahaya yang membahayakan mata anda.

Kelebihan HD Aviator

  • Mengurangkan silau
  • Menyejukkan mata
  • Menapis sinar UV merbahaya
  • Pemanduan lebih fokus
  • Mengurangkan Kepenatan mata
  • Lens Polarized
  • Penglihatan lebih jelas
  • Warna lebih terang (vibrant)
  • Eksklusif dan bergaya

Fungsi polarized bertindak untuk:

  • Menapis cahaya silau yang datang pada permukaan yang rata
  • Hanya membenarkan cahaya berorientasikan vertikel untuk melepasinya
  • Menghasilkan penglihatan yang lebih jelas, terang dan selesa.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk ibnusina ini, anda boleh melawati nya di laman web ibnusinastore.com. Segala maklumat yang lebih lanjut ada disana.

 

Semoga bermanfaat.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart