Ketahui Masalah Rabun Dekat

Faktor-faktor yang menyebabkan masalah rabun dekat

Maksud Rabun Dekat

Penyakit rabun ini merupakan gangguan yang terjadi pada mata yang boleh menyebabkan pesakit tidak boleh melihat pada objek dekat dengan jelas.

Gejala Rabun Dekat

Pada umumnya gejala rabun ini berlaku di atas usia 40 tahun. Ini disebabkan oleh kekurangan dalam kemampuan penglihatan seiring dengan bertambahnya usia. Namun, keadaan ini juga tidak menutup kemungkinan bagi anak kecil. Berikut adalah beberapa gejala rabun dekat yang dialami bagi pengidap rabun ini:

  • Kesulitan untuk melihat dengan jarak yang dekat
  • Mata berair
  • Diserang sakit kepala
  • Mata akan terasa penat selepas fokus melihat objek dalam jarak yang dekat
  • Objek jauh boleh dilihat dengan jelas, begitupun sebaliknya

Faktor Rabun Dekat

Penyebab rabun ini terjadi ialah melalui cahaya yang masuk ke mata dengan tidak terfokus di dalam retina, namun terfokus pada bahagian belakang. Hal tersebut terjadi kerana kornea terlalu mendatar atau kurang melengkung, lens yang kurang tebal dan pendeknya bola mata.

Beberapa faktor dibawah ini boleh menyebabkan penyakit rabun dekat. Antaranya ialah seperti yang berikut:

  • Faktor Usia. Selalu terjadi pada usia diatas 40 tahun.
  • Faktor Genetik. Rabun ini merupakan salah satu penyakit yang boleh diwariskan oleh orang tua atau keluarga.

Perubatan Untuk Rabun Dekat

Terdapat beberapa cara yang boleh mengatasi penyakit ini iaitu:

  • Kacamata. Kacamata yang digunakan bagi pengidap rabun dekat berbeza dengan kacamata yang lain. Kerana kacamata rabun dekat mempunyai lens yang hujungnya lebih tebal, sesuai dengan ketinggian tahap yang dialami.
  • Kontak lens. Kontak lens digunakan untuk mengatasi penyakit serta mempunyai fungsi yang sama seperti kacamata.
  • Pembedahan. Pembedahan yang paling dapat diandalkan untuk mengatasi ini ialah dengan operasi laser.

Pencegahan Rabun Dekat

Penyakit rabun ini merupakan penyakit yang tidak dapat dicegah. Namun terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk melindungi mata seperti:

  • Melindungi mata dari sinar matahari
  • Mengonsumi makanan dengan nutrisi yang lengkap
  • Mengenali gejala-gejala rabun ini
  • Menggunakan kacamata yang tepat
  • Menggunakan penarangan yang cukup

Bila diharuskan Berjumpa Doktor ?

Segera berjumpa dengan doktor jika mengalami masalah pada mata untuk mendapatkan penerangan yang betul.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart