Masalah Katarak Mata

Cara mengatasi masalah katarak mata

Katarak mata merupakan penyakit yang menyebabkan lens mata menjadi keruh dan menyebabkan penglihatan berkurang. Penyakit ini boleh menggangu perbagai aktiviti harian kerana mata tidak boleh melihat dengan baik dan ianya boleh menjadi parah pada waktu malam. Katarak boleh berkembang sesuai dengan waktu dan boleh terjadi sejak kecil.

Ciri-ciri Gejala Katarak Mata

  • Penglihatan menjadi kabur
  • Sulit untuk melihat pada waktu malam
  • Mata menjadi sensitive terhadap cahaya
  • Ada lingkaran putih dalam sumber cahaya seperti lampu
  • Lens kacamata selalu menjadi tidak jelas atau selalu perlu ditukar baru
  • Penglihatan menjadi berganda

Faktor Berlaku Katarak Mata

Katarak boleh muncul dengan pelbagai sebab termasuk keadaan cacat sejak lahir. Usia juga memberikan pengaruh yang sangat besar. Antara faktor yang lain ialah:

  • Peningkatan usia
  • Penyakit diabetes yang tidak dikawal
  • Selalu minum alcohol
  • Mata selalu terdedah langsung kepada sinaran matahari
  • Keturunan
  • Penyakit darah tinggi
  • Obesiti
  • Pernah mengalami penyakit mata
  • Selalu merokok

Cara Merawat Katarak Mata

Tindakan pembedahan boleh dilakukan untuk membuang katarak dan mengembalikan fungsi mata dengan baik. Namun ianya boleh dilakukan dengan cara lain. Antaranya ialah:

  • Memakai cermin mata dengan keadaan yang sesuai dengan katarak
  • Menggunakan kaca pembesar untuk melihat dengan lebih jelas
  • Menggunakan cermin mata semasa dibawah sinar matahari
  • Tidak memandu kenderaan pada waktu malam

Cara Mencegah Katarak Mata

  • Cuba untuk berhenti merokok kerana asap rokok boleh mempengaruhi kesihatan mata
  • Kurangkan minum alcohol kerana ianya boleh meningkatkan kerosakan saraf pada mata dan otak
  • Selalu pakai cermin mata hitam semasa berada dibawah sinar matahari
  • Menjaga kesihatan dengan pemeriksaan rutin seperti tekanan darah, kolestrol dan kadar gula dalam darah
  • Menjaga berat badan supaya berat badan tidak berlebihan dengan mengurangkan makan makanan yang berlemak
  • Makan berbagai jenis makanan yang menyihatkan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh meningkatkan kesihatan mata
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart