Tahukah Anda? Penggunaan Komputer Dalam Tempoh Yang Lama Boleh Memberi Kesan Pada Penglihatan

selalu menggunakan komputer

Memang tidak dinafikan, peningkatan penggunaan komputer di kalangan masyarakat samada untuk tujuan kerja, pembelajaran mahupun bagi tujuan-tujuan lain pada masa kini. Contohnya seperti permainan komputer, melayari internet atau pencarian maklumat telah menimbulkan kebimbangan akan kesannya terhadap fungsi penglihatan secara khususnya, serta kesihatan umum secara amnya.

Berdasarkan statistik, dianggarkan 25% hingga 93% pengguna komputer mengalami simptom-simptom yang dikaitkan dengan penggunaan komputer.

Di antara beberapa simptom yang biasa dialami akibat daripada penggunan komputer adalah:

  1. Sengal-sengal mata (eyestrain)
  2. Penglihatan kabur
  3. Mata menjadi letih dan tertekan
  4. Mata kering (dry eyes)
  5. Ketidakselesaan penglihatan
  6. Sakit kepala
  7. Serta simptom-simpton lain seperti sakit dibahagian tengkuk dan juga belakang badan (back and neck pain).

Semua simptom berkenaan boleh dikategorikan sebagai tanda-tanda atau gejala klasik bagi sindrom penglihatan penggunaan komputer (computer vision syndrome).

Ini berlaku disebabkan oleh fokus pandangan pada sesuatu imej, iaitu dengan melihat skrin komputer dalam tempoh yang lama.

Diagnosis, Pencegahan, dan Rawatan yang boleh dilakukan

Bagi mengatasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna komputer ini, mereka boleh membuat pemeriksaan penglihatan dengan pakar Optometris secara menyeluruh dan komprehensif.

Selain itu, perubahan ergonomik juga boleh dilakukan bagi mengatasi masalah yang berkaitan dengan penggunaan komputer khususnya dari segi pengubahsuaian tempat kerja seperti mendapatkan pencahayaan yang secukupnya.

Ini kerana pencahayaan adalah amat penting di dalam menentukan keselesaan penggunaan komputer. Di samping itu, ia dapat membolehkan pengguna komputer meningkatkan tahap keselesaan serta prestasi dan juga meminimumkan gangguan serta keletihan visual (visual fatigue).

Tambahan lagi, cara menggunakan komputer secara ergonomik. Setiap individu perlu mengamalkan langkah-langkah menggunakan secara engonomik bagi mencegah dan mengelakkan sebarang kesan buruk terhadap kesihatan. Oleh yang demikian, suai-letak paparan komputer memainkan peranan penting dalam memberikan keselesaan kepada penggunaan komputer.

Berikut merupakan beberapa prinsip asas yang boleh anda amalkan :

  1. Jarak skrin paparan daripada mata (berada di antara 16 hingga 30 inci)
  2. Skrin paparan perlu berada 10 hingga 20 darjah di bawah paras mata.
  3. Kekalkan postur yang baik semasa bekerja

Jadi dengan cara ini, simptom-simptom fizikal yang dialami akibat dari postur yang salah. Contohnya seperti sakit tengkuk, bahu dan belakang dapat dielakkan, serta keselesaan penggunaan komputer juga dapat ditingkatkan.

Masalah Berkaitan Penglihatan Seseorang

1. Penglihatan Lesu (Visual Fatigue)

Adalah disarankan supaya pengguna komputer berehat selepas menggunakan komputer dalam tempoh yang lama untuk sesuatu jangka waktu. Ini kerana penggunaan komputer yang berterusan dalam jangka masa yang lama boleh menyumbang kepada masalah-masalah yang berkaitan penglihatan.

2. Sindrom Mata Kering (Dry Eye Syndrome)

Turut menerima kesan terhadap penggunaan komputer yang berpanjangan ialah sistem lubrikasi okular. Iaitu di mana, pengguna komputer akan kurang mengelipkan mata ketika penggunaan komputer dan menyebabkan air mata pra-kornea lebih cepat tersejat ke persekitaran. Oeh yang demikian, ini boleh mengakibatkan rasa iritasi dan juga kepedihan mata akibat sindrom mata kering (dry eye syndrome).

3. Rabun Penglihatan

Memang tidak dinafikan, penggunaan komputer pada jangka waktu yang terlalu lama boleh mendatangkan masalah terhadap sistem penglihatan. Khususnya bagi mereka yang mempunyai masalah penglihatan seperti myopia (rabun jauh), hiperopia (rabun dekat) dan juga presbiopia (lemah akomodasi akibat peningkatan umur).

Untuk mengelakkan atau mengurangkan masalah rabun adalah disarankan supaya pengguna-pengguna komputer yang menggunakan komputer lebih daripada satu jam sehari memakai cermin mata khusus bagi penggunaan komputer (computer glasses).

Terdapat pelbagai jenis cermin mata khas yang berada di pasaran bagi penggunaan komputer. Di antaranya ialah cermin mata jenis bifokal, multifokal, dan juga progresif. Pemilihan jenis cermin mata adalah bergantung kepada keperluan pengguna serta nasihat dan konsultasi daripada Optometris yang bertauliah.

Namun begitu, semua itu tidak akan menjadi masalah lagi kerana anda berada di tempat yang betul!

Ini dia kami perkenalkan cermin mata Therapy Eyewear.

Ibnusina Therapy Eyewear membantu mengurangkan masalah rabun

Buat pengetahuan semua, cermin mata ini merupakan antara salah satu produk terbaik yang dikeluarkan oleh Ibnusina.

Ini kerana Ibnusina Therapy Eyewear mampu mengurangkan masalah rabun secara semulajadi dengan berkesan. Di samping itu, ia boleh membantu menajamkan fokus mata anda melalui latihan selama 15-30 minit sehari. Malah ia juga membantu penglihatan anda menjadi lebih sihat dengan merasa lebih rileks, kurang senak dan tidak letih.

Kelebihan Therapy Eyewear

  • 100% selamat dan semulajadi
  • Tidak perlu ujian mata
  • Memperbaiki fokus mata
  • Mencegah rabun jauh, rabun dekat, myopia dan astigmatism
  • Mengurangkan ‘power’ cermin mata atau contact lens
  • Boleh digunakan sebagai cermin mata penapis UV dari komputer
  • Hanya beli sekali seumur hidup, jimat.
  • Design yang menarik

Terdapat 4 model pilihan yang menarik untuk anda:

Testimoni Pengguna

Benarkah cermin mata terapi ini dapat mengurangkan masalah rabun dan memulihkan penglihatan?

Terbukti ianya memang benar! Dan inilah apa yang diperkatakan oleh pengguna cermin mata terapi sebaik sahaja mereka menggunakannya.

Jadi apa tunggu lagi? Jom dapatkan cermin mata terapi ini sekarang di laman web Ibnusina Store dan beberapa koleksi cermin mata lain yang menarik. Pastinya anda akan berpuas hati!

Selamat mencuba!

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart