4 Petua Mengurangkan Rabun Yang Harus Anda Ketahui

rabun kurang

Bagi anda yang tidak tahu apa itu rabun, di sini kami jelaskan dengan lebih terperinci mengenai rabun. Rabun merupakan sejenis situasi di mana anda tidak dapat melihat sesuatu objek dengan lebih jelas. Rabun terbahagi kepada tiga iaitu rabun jauh, rabun dekat dan rabun silau.

Bagi rabun jauh, anda tidak dapat melihat sesuatu objek dengan jelas jika ia terletak di tempat yang jauh. Manakala bagi rabun dekat, anda tidak dapat melihat jelas objek yang dekat.

Pelbagai keadaan yang menyebabkan anda menjadi rabun seperti sentiasa melihat televisyen secara dekat, menggunakan alat komunikasi seperti telefon dalam keadaan gelap dan terlalu lama dan kurangnya vitamin yang diperlukan oleh mata dalam diri anda. Maka apabila rabun menghampiri diri anda, semestinya cermin mata menjadi teman hidup anda selamanya. Namun bukan semua orang gemar untuk memakai cermin mata dalam menggayakan kehidupan seharian mereka.

Oleh itu, disini kami sediakan beberapa petua yang boleh dilakukan oleh anda untuk mengurangkan rabun.

Berikut Petua Mengurangkan Rabun

1. Rehat Daripada Skrin

Apabila menggunakan komputer, anda perlu berhenti untuk rehat sebentar untuk memastikan mata sentiasa dalam keadaan baik dan tidak keletihan. Caranya:

  • Setiap 10 minit lihat kearah objek yang jaraknya 3 meter lebih kurang.
  • Pandang sekeliling anda dan jika ada sesuatu perkara yang menghijau, eloklah anda melihat ke arah tersebut.
  • Cara ini juga sesuai untuk pembaca buku.

2. Kawal Ketagihan Gamers

Jika anda gemar bermain game yang memerlukan tahap konfrontasi yang tinggi kepada skrin komputer, televisyen mahupun telefon anda, anda disarankan untuk cuba mengurangkan had bermain kepada yang bersesuaian dengan situasi anda.

Contohnya anda boleh cuba menghadkan bermain game hanya 3 kali seminggu dan tidak lebih daripada 2 jam. Seterusnya anda boleh mengurangkan ia kepada 2 kali seminggu per sejam sahaja untuk bermain. Permainan yang melibatkan ketagihan yang tinggi seperti ini boleh mempercepatkan kerosakan kepada mata anda. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa kawalan, anda mungkin berisiko untuk buta.

3. Teknik Senaman Mata

Anda juga boleh melakukan senaman mata. Pelbagai jenis teknik senaman mata boleh diamalkan untuk anda untuk memastikan mata dalam keadaan cergas dan sihat. Senaman ini boleh mengurangkan rasa senak dan keletihan kepada mata.

4. Pemeriksaan Mata Berkala

Untuk memastikan mata anda sentiasa dalam keadaan baik. Anda juga boleh membuat pemeriksaan mata di klinik atau hospital yang berdekatan dan mendapatkan rujukan daripada doktor yang bertauliah dalam membantu menjaga kesihatan mata anda dengan lebih baik.

Kesihatan mata adalah amat penting dalam kehidupan kita kerana mata merupakan satu perkara yang tidak boleh ditukar ganti. Anda boleh mengamalkan diet yang sihat dengan mengambil sayur-sayuran hijau serta buah-buahan yang baik untuk mata. Pengambilan vitamin juga amat penting untuk memastikan mata sentiasa cerdas dan cergas. Mata perlu dijaga dengan baik agar kita dapat melihat dengan jelas.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart