Tips Memilih Cermin Mata Yang Berkesan

Tip untuk memilih cermin mata yang terbaik

Tidak dapat dinafikan bahawa cermin mata telah membantu ramai orang mendapat penglihatan yang lebih baik. Oleh itu, pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang tips memilih cermin mata yang berkesan. Jom baca dan fahami perkongsian saya ini dengan sebaik mungkin.

Dua Jenis Material Bingkai

1)  Plastik

Kelebihan Bingkai Plastik

  • selesa dipakai, lebih trendy, ada yang flexible (boleh lentur), banyak corak dan warna, tiada masalah gatal/alergik.

Kekurangan Bingkai Plastik

  • mudah patah jika terduduk/terpijak (kecuali yang flexible), warna boleh terhakis dalam masa yang lama.

2) Besi

Kelebihan Bingkai Besi

  • lebih tahan berbanding plastik, ada nosepad (ada yang suka dan ada yang tidak suka), bingkai lebih nipis, ada jenis titanium (lebih tahan berbanding besi biasa, tidak menyebabkan kegatalan)

Kekurangan Bingkai Besi

  • boleh menyebabkan gatal jika ada alergik pada besi, tak mudah dilentur jika nak adjust, bingkai kurang corak (design hanya pada tangkai/temple), nosepad yang perlu ditukar selalu kerana cepat berlumut

Tiga Rekabentuk Bingkai

1) Bingkai penuh (full frame)

  • Full frame adalah lebih selamat digunakan kerana cermin lebih terlindung di dalam bingkai, elok digunakan oleh mereka yang tinggi power rabun & silau (-4.00 ke atas) kerana boleh tutup sedikit ketebalan cermin (atau boleh guna cermin yang index 1.61 ke atas- lebih nipis)

2) Separuh (half frame)

  • Half frame lebih cantik digunakan kerana tiada bingkai di bahagian bawah. Nampak lebih matang dengan pandangan yang lebih jelas di bahagian bawah.

3) Tiada bingkai (frameless).

  • Frameless lebih cantik dari segi pandangan, tiada halangan dari bingkai di sekeliling namun agak leceh untuk dijaga kerana cermin lebih mudah pecah/chip (half frame juga), harga cermin juga agak mahal kerana perlukan cermin yang lebih kental untuk ditebuk (index 1.53 dll)

Jenis-Jenis Cermin

1) Satu pandangan (single vision). Ini untuk sama ada jauh / dekat saja.

2) Dua pandangan (bifocal). Ini untuk jauh & dekat dengan garisan pemisah pada cermin (kebiasaannya berbentuk separa bulat tapi ada juga jenis lain)

3) Banyak pandangan (multifocal). Jauh, pertengahan & dekat dengan dua kawasan gangguan. Tanpa garisan pemisah pada cermin.

Cermin yang terbaik digunakan mengikut keperluan anda:

1) Blue coating. Cermin ni ada lapisan tambahan pada cermin untuk tapis cahaya biru yang dipancarkan melalui gadget seperti handphone, tv, laptop dan lain-lain. Sangat sesuai untuk pelajar, mereka yang kerja di office, gamers, dan mereka yang selalu menggunakan ‘screen devices’. Cuma cerminnya kelihatan sedikit kuning kerana cahaya biru yang dah ditapis tadi.

2) Transitions. Banyak nama lain, tetapi istilah ini worldwide jadi lebih mudah untuk kita faham. Cermin ini bila terkena cahaya uv/matahari akan bertukar menjadi gelap dan bila masuk indoor akan bertukar cerah semula. Sesuai untuk mereka yang selalu bekerja outdoor macam traveler, mereka yang selalu pergi tapak pembinaan, petani dan lain-lain. Ada yang cepat, ada yang lambat bergantung pada material transitions ini tadi.

3) Drive safe lens. Cermin ini boleh tingkatkan kejelasan cermin pada waktu malam.

4) Anti fog lens. Cermin ini buatkan cermin tak berkabus walaupun sedang berpeluh, sejuk berwap, dan air tak tinggalkan kesan pada cermin (tidak perlu lap sangat)

5) Tinted. Cermin dicelup dalam larutan warna untuk hasilkan warna yang kekal pada cermin. Bagi yang tak mahu cermin transitions boleh guna jenis yang macam ini, cuma warnanya kekal. Terdapat pelbagai jenis warna dan kepekatan ikut kemahuan. Bagi yang nak buat sunglass ada power mata pun boleh request yang macam ini juga.

Kesimpulan

Akhir kata sebelum membeli, pastikan anda tahu jenis-jenis cermin mata yang anda akan pakai nanti. Pilihlah cermin mata yang terbaik untuk mata anda. Semoga bermanfaat pada anda semua dan jangan lupa kongsikan tips ini kepada orang lain biar jadi saham akhirat kita semua. Bagi anda yang ingin mendapatkan cermin mata Ibnusina Therapy Eyewear bolehlah tengok di laman web Ibnusinastore.com. Pelbagai cermin mata dengan reka bentuk menarik dengan kualiti yang terbaik.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart