Tips Nak Turunkan Power Cermin Mata

Tips Nak Turunkan Power Cermin Mata

Perkongsian  Abdul Rahman Bahasa yang mampu turunkan power cermin mata sehingga sebanyak 50 dan ini bukan pertama kali beliau dapat turunkan power cermin mata. Abdul Rahman Bahasa telah berkongsikan tips nak turunkan power cermin mata yang setiap tahun, “average power” akan turun dalam range 10-50.

Semalam saya pergi check mata sebab nak buat cermin mata baru. Macam biasa bila nak buat cermin mata, kenalah periksa tahap kerabunan matakan.

Result tahap kerabunan mata saya seperti dibawah:

Old R: 275
New R: 225
Difference : – 50

Old L: 225
New L: 175
Difference : – 50

Alhamdulillah. Tahun ini power cermin mata saya menurun 50 untuk dua-dua belah mata. Ini bukan pertama kali power cermin mata saya menurun.

Masa awal-awal saya pakai cermin mata, power cermin mata saya lebih kurang 350 sebelah kanan and 300 sebelah kiri. Setiap tahun, “average power” akan turun dalam range 10-50.

Jadi, apa rahsia power cermin mata saya boleh turun? Biasanya orang kata makan carrot kan? Tetapi saya amalkan 4 tips Nak Turunkan Power Cermin Mata dibawah:

1. Kurangkan tanggal cermin mata dari mata. Saya sentiasa pakai cermin mata.

Time membaca saya pakai cermin mata. Saya rabun jauh, sebenarnya lagi clear saya buka cermin mata kalau nak membaca. Tapi time membaca pun saya masih pakai cemin mata.

Time solat saya pakai cermin mata.

“1st thing” lepas bangun tidur pun saya pakai cermin mata dulu. Pendek kata, saya sentiasa pakai cermin mata “except time” mandi dan tidur sahaja.

2. Jangan cuba paksa mata untuk tengok benda yang kabur jika tidak pakai cermin mata.

3. Selalu bersihkan kanta cermin mata sebab bila kanta cermin tu bersih. Mata kita pun tidak stress sebab pembiasan cahaya melalui kanta ke mata tidak terganggu.

4. Last but not least, setiap tahun check power cermin mata supaya kanta cermin mata kita sesuai dengan tahap kerabunan mata.

Harap perkongsian saya dapat membantu anda menjaga kesihatan mata anda juga.

Sumber Artikel : Abdul Rahman Bahasa

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart